Wednesday, 26 October 2016

Pengalaman Hidup : Part 1

DISIPLIN HIDUP : MAAHAD AL-MIZAN

Sedar tak sedar sudah lama saya telah meninggalkan kenangan zaman persekolahan di Maahad Al-Mizan. Saya bersyukur kerana dapat menjadi penuntut di sekolah ini. Pada saya inilah Sekolah Agama yang terbaik kerana berjaya mendidik dan mendisiplinkan saya.

Memang benar kematangan itu datang melalui pengalaman yang dilalui. Segala susah, senang, pahit dan manis rencah kehidupan saya bermula Di Maahad Al-Mizan. Saya yakin siapa saja yang pertama kali tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga pasti akan bersedih atau setidaknya pasti akan merasa janggal. Tetapi itu semua hanya sementara saja. Bak kata pepapah alah bisa, tegal biasa.

Di asramalah tempat saya belajar hidup berdikari dan mengenali sahabat baik saya. Disiplin di asrama membantu saya dan sahabat lain menguruskan masa sebaiknya. Antara aktiviti yang mendisiplin kami termasuk solat jemaah, bacaan Al-Quran dan Ma'thurat, kuliah agama, riadhah, malam kebudayaan dan gotong-royong membersihkan asrama. 

Di sekolah pula, ada 18 subjek (9 SPM + 9 Thanawi) yang perlu kami pelajari. Semua subjek memang mencabar minda kami namun dengan ketekunan diri, Alhamdulillah kami berjaya menamatkan persekolahan kami.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua Guru Maahad Al-Mizan yang telah mendidik saya dengan penuh kegigihan. Teringat akan Almarhum Tuan Guru Haji Zakaria yang menjadi Pengetua Maahad Al-Mizan juga guru saya pada ketika itu. Banyak jasa Almarhum...Moga Rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T..Al-Fatihah... 



No comments:

Post a Comment